Mengenai Kami

KEREPOK LEKOR BANDAR U, "Meme Sedap Sokmo" bertapak di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Ia di usahakan oleh anak Terengganu bersama keluarga dgn resepi turun temurunnya. Istimewa kepoknya adalah dari rasanya yg cukup enak penuh rasa ikan segar.

Sebagai Generasi ke 3 kepada pengusaha Kerepok Lekor Tanjung, K.Terengganu yg kini hanya tinggal kenangan dek pembangunan di kaw Tanjung, Kuala Terengganu sudah pasti misinya adalah utk mengembalikan kecemerlangan industri kerepok ikan.

Bukan semata-mata kerepok yg ingin diperjuangkan malahan segala bentuk makanan dr negeri "penyu menangis" ini ingin diketengahkannya di Perak spt satar, otak-otak, pulut lepa dan pelbagai lagi juadah.

Segala produk ini akan diinovasikan mengikut trend semasa utk pasaran tempatan mahupun pasaran luar.

Insya Allah, semangat dan visi ini mampu dilaksanakn oleh KEREPOK LEKOR BANDAR U. Sama2 kita panjatkan doa kepada yg MAHA BERKUASA. AMIN.


Antara kerepok lekor yg dijual :

1- Kerepok Lekor Rebus
2- Kerepok Goreng Tanpa Rebus
3- Kerepok Goreng Bulat
4- Kerepok Goreng Biasa
5- Kerepok Lekor Bulat (sejuk beku)
6- Kerepok Lekor Potong (sejuk beku)

No comments:

Post a Comment